Popular Posts

Sunday 27 March 2011

APAKAH PERMAINAN MATEMATIK? MENGAPA PERLU PERMAINAN MATEMATIK?

by Sri

0.1  PENGENALAN
Pada masa dahulu, ramai guru mengajar matematik dengan menggunakan kaedah mengajar yang hanya boleh menyebarkan ilmu matematik sahaja. Jarang sekali mereka mengamalkan teori-teori pembelajaran dalam aktiviti pengajaran mereka. Akibatnya matematik merupakan suatu mata pelajaran yang bukan sahaja sukar untuk dipelajari malahan juga membosankan. Akirnya, pelajar kehilangan minat daripada pembelajaran matematik itu. Matematik sering dikaitkan sebagai subjek yang mempunyai taraf dan jenis pembelajaran yang tinggi. Sebagai pendidik, guru bertanggungjawab untuk membantu setiap pelajar meningkatkan minat dan kecenderungan pelajar ke arah  pelajaran. Keadaan ini boleh dilaksanakan dengan mengambil langkah menggunakan pendekatan pengajaran yang berkesan. Ini termasuklah amalan pembelajaran yang berpusatkan guru kepada amalan pembelajaran berpusatkan pelajar, misalnya dengan menggunakan pendekatan permainan matematik.

2.0  APAKAH PERMAINAN MATEMATIK
Permainan matematik adalah salah satu kaedah pembelajaran yang berpusatkan kepada murid. Pendekatan ini mempunyai kelebihan kerana mereka berpeluang berinteraksi antara satu sama lain dan boleh belajar melalui pengalaman sendiri. Pelajar-pelajar melakukan aktiviti secara aktif semasa proses pembelajaran dan ini meliputi pengalaman pembelajaran yang dirasai dan dialami sendiri oleh mereka. Semasa pelajar-pelajar belajar dalam kumpulan, mereka boleh berkongsi pengetahuan ( intelek ), memupuk nilai-nilai murni ( rohani ), bertimbang rasa ( emosi ), bekerjasama, perkembangan sahsiah serta mempertingkatkan  kemahiran berkomunikasi (sosial ).
                        Jenis-jenis permainan dalam matematik adalah seperti permainan nombor, permainan geometri, Inferential game dan permainan computer. Aktiviti ini boleh dijalankan samada di dalam kelas dan di luar kelas. Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Melalui permainan matematik murid-murid akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan kemahiran asas menambah, menolak, mendarab dan membahagi.
             Permainan juga dapat memberi pengalaman tentang keadilan, peraturan-peraturan dan kesamaan serta memperkuatkan kebolehan berfikir dalam pelbagai cara. Di antara permainan lazim yang dimainkan dalam bilik darjah kad-kad nombor, teka-teki, teka silang nombor, catur, dam dan sebagainya. Manakala permainan matematik yang biasa dijalankan di luar kelas adalah seperti mencari harta karun iaitu pelajar perlu menyelesaikan masalah matematik untuk mendapatkan arahan seterusnya di setiap stesen, Mencari objek pelbagai bentuk di luar bilik darjah, mengukur keluasan sesutu objek dan lain-lain.
Menurut Tengku Zawawi bin Tengku Zainal ( 2006 ), kini terdapat banyak
laman web yang menyediakan terdapat beberapa laman yang menyediakan pelbagai aktiviti untuk rekreasi matematik yang meliputi pelbagai topik dan tahap pelajar antaranya;
i.                    http://www.lifelong,com/CarnivalWorld/MonsterMath/MonMathHP.html Monster Math;
ii.                  http://us.yimg.com/images.new2.gif These monsters need some help!;
iii.                http://www.edulacec/math/brain Puzzles for third to seventh-graders and older.;
iv.                 http://www.cs.uidaho.edu/-casey931/conway/games.html Colorfull illusations and instructions for fun games;
v.                   http://www.edven.com/ Gold Medal Math; dan
vi.                 http://www.cut-the-knot.com/ Problem-solving activities, including a great puzzles and games page.
            Guru dikehendaki melakukan dua perubahan apabila teknologi diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Pertama sekali, warga pendidik harus menyesuaikan diri kepada alat teknologi pengajaran yang baru seperti komputer dan internet. Alat teknologi ini berbeza daripada alat pengajaran lama. Kedua ialah, mengubah kaedah mengajar. Perubahan ini melibatkan peranan yang dimainkan oleh guru dalam kelas dan cara bagaimana mereka mengurus kelas mereka.

3.0  MENGAPAKAH PERLU PERMAINAN MATEMATIK
Melalui teknik permainan matematik ini juga akan mendatangkan keseronokan dan kepuasan kepada murid dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Permainan juga dapat memberi pengalaman tentang keadilan, peraturan-peraturan dan kesamaan serta memperkuatkan kebolehan berfikir dalam pelbagai cara. Permainan juga adalah satu bentuk kesenian ( kreativiti ) kanak-kanak. Ia merupakan saluran untuk melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan.
                  Melalui permainan matematik juga memberi kebebasan kepada murid untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar. Dalam cara ini murid dapat mengawal situasi dan menyesuaikannya dalam dunia sebenar. Mereka dibenarkan untuk memperolehi proses pemikiran yang tinggi melalui permainan” ( Spodek et al. 1987,p. 181 ).
                  Jerome Singer ( Spode, 1987 ) menganggap “imaginative play” sebagai usaha murid menggunakan kebolehan fizikal dan mental dalam menyusun pengalaman. Beliau juga berpendapat  bahawa dalam permainan, murid meneroka alam yang boleh menjadikan mereka berkebolehan dalam menghadapi masalah persekitaran dan boleh menjadikan mereka kreatif. Menurut Saayah Abu ( 2006 ) belajar matematik melalui permainan matematik akan mendatangkan keseronokan dan hiburan serta merangsang individu mempelajari sesuatu melalui cara yang aktif dalam cara yang tidak formal. Selain itu ia dapat mempercepatkan pembelajaran serta memperkukuhkan lagi pembentukan konsep, di samping mempertingkatkan perkembangan individu mengikut kemajuan masing-masing terutama murid-murid lemah akan dapat bantuan dari pelajar yang lebih pintar.
                  Melalui permainan matematik juga dapat memupuk kepimpinan murid  dan menghilangkan  rasa kekecewaan, kebimbangan dan kegelisahan. Justeru itu dalam Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia ( 2003 ), muka surat 260 telah menghuraikan Pendekatan Belajar Melalui Bermain yang menjadi asas konsep dan prinsip pendidikan prasekolah.

4.0  KESIMPULAN
Kesimpulannya  guru matematik perlu merancang aktiviti supaya pelajar dapat belajar dalam suasana yang selesa, sihat dan gembira. Ini adalah kerana bermain menjadi fitrah pelajar. Pelajar juga dapat mempelajari kemahiran sosial, bahasa dan berfikir disamping menggalakkan pertumbuhan rohani dan jasmani.

No comments:

Post a Comment