Popular Posts

Saturday 26 March 2011

Kaedah Eksposisi Dalam Matematik Sekolah Rendah

by Laily

1.0  PENGENALAN
Pengajaran dan pembelajaran dalam matematik berbeza dengan mata pelajaran lain. Di samping kemahiran mengira yang melibatkan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi, ia juga memerlukan kefahaman sesuatu konsep dengan tepat dan menyeluruh (NCTM, 1980; Cockroft, 1986; Nik Azis, 1992; Tg. Zawawi, 1997a). Setiap pendidik matematik mestilah bertanggungjawab untuk memiliki dan mengekalkan ketrampilan (competence) dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira keperluan dan tahap pencapaian para pelajar (NCTM, 1980). “Teacher must be sensitive to the needs of their students and dedicated themselves to the improvement of student learning as their primary professional objective”(NCTM, 1980: 25).

            Selain daripada itu, setiap guru matematik juga amat memerlukan pengetahuan dan kemahiran dalam menyampai sesuatu isi pelajaran kepada murid mereka. Menurut D’Angustine, 1973 dalam Tg. Zawawi (1985) menyatakan bahawa aspek pemilihan kaedah dan alat bantu mengajar yang sesuai untuk mengembangkan sesuatu konsep merupakan antara faktor penting yang perlu difikirkan untuk memastikan pengajaran matematik yang berkesan. Menurut Shaharir (1984) pula, semua kaedah atau teknik yang dipilih sesuai selagi ia dapat membantu pelajar mencapai objektif yang digariskan walaupun terdapat perbezaan dari segi gaya dan cara penyampaian dan pengendalian aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru. Ini termasuklah juga melalui kaedah eksposisi.

2.0  APA ITU KAEDAH EKSPOSISI?
Kaedah eksposisi ialah cara penyampaian isi pelajaran melalui penerangan, bercerita atau demonstrasi dengan tujuan mengajar sesuatu. Murid-murid akan mendengar dan merekod maklumat penting yang diterangkan oleh guru sebelum melakukan sesuatu aktiviti. Kaedah ini juga sering ditakrifkan sebagai ‘systematic teaching’, explicit instruction’, ‘explicit teaching’, and ‘active teaching’ (Husen & Postlethwaite, 1970). Penyampaian dengan menggunakan kaedah eksposisi melibatkan: Penerangan dan penghuraian idea dan konsep matematik yang akan dipelajari sama ada dengan atau tanpa alat bantu mengajar.
Kaedah Eksposisi atau disebut juga sebagai ' Direct Instruction  atau Expository Teaching Method' merupakan satu kaedah di mana guru banyak menerangkan isi pelajaran secara lisan atau dengan menggunakan alat bantu seperti audio visual. Menurut Tg Zawawi (1985), penyampaian dengan menggunakan kaedah eksposisi melibatkan:
  1. Penerangan dan penghuraian idea dan konsep matematik yang akan dipelajari sama ada dengan atau tanpa alat bantu mengajar.
  2. Demonstrasi cara melukis atau membuat sesuatu pembinaan geometri.
  3. Penerangan langkah-langkah penyelesaian sesuatu masalah matematik.
Pupils listen to the explanation
 
Pupils remember and record important content.
 
Introduction and explanation of content.
 
Mok Soon Sang (2006) pula mendefinisikan kaedah eksposisi sebagai “….way of presenting learning materials by means of explanation, narration or demonstration in the process of teaching a certain subject.” Menurut beliau kaedah eksposisi juga memerlukan guru melakukan perkara berikut; “…will provide explanation first, and pupils will then listen carefully until they understand and remember the materials, or record the important contents in their record book.” Kaedah eksposisi ini diterangkan oleh Mok Soon Sang (2006) dalam gambarajah seperti berikut;






 

                                                                                                                                               
Gambarajah 1: Ringkasan Kepada Model Pengajaran Kaedah Eksposisi
Melalui model di atas guru boleh menggunakan kaedah ini untuk menerangkan tentang konsep, fakta, undang-undang, prinsip atau teorem matematik. Semuanya menurut Mok Soon Sang (2006) lagi boleh diterangkan dengan kaedah eksposisi seperti dibawah;
1.      Introduce, interpret and explain the idea and concept from text book.
2.      Explain, while demonstrating the way to draw or construct geometrical shapes.
3.      Explain the steps of problem-solving based on skills which have been learned.
4.      Explain a certain concept by using appropriate teaching aids.
Bagi Tg. Zawawi (1985) pula, kaedah eksposisi amat sesuai digunakan untuk mengajar konsep dan kemahiran dalam peringkat perkembangan atau membuat penerangan tentang sesuatu peraturan sebelum melakukan aktiviti permainan. Masa pengajaran dapat dijimatkan dan pengendalian aktiviti akan lebih kemas dan teratur. Walau bagaimanapun ianya perlu dirancang dengan teliti supaya pelaksanaannya tidak menimbulkan rasa bosan dan mengalih perhatian pelajar daripada bahan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah disediakan. Penggunaan kaedah eksposisi ini pula perlu tepat dengan masa dan keadaannya.
Menurut dapatan dalam kajian yang telah dijalankan oleh Choy dan rakan-rakan (1999) mendapati 49 daripada 50 Buku Rancangan Mengajar yang ditulis adalah dirancang mengguna kaedah eksposisi. Alasan guru pelatih ini terhadap penggunaan kaedah ini kerana;
1.      Membolehkan mereka menyampaikan isi pelajaran dengan cepat dan teratur, menjimatkan masa, objektif pelajaran dapat dicapai dalam masa yang singkat.
2.      Kaedah ini mudah dilaksanakan.
3.      Bersesuaian dengan topik atau kemahiran yang diajar pada masa itu.
4.      Membolehkan pengawalan kelas dengan mudah memandangkan saiz kelas yang agak besar.
5.      Mudah memberikan pemahaman kepada murid kerana jika mereka menggunakan kaedah yang lain aras pengetahuan murid yang rendah menjadi faktor penghalang untuk kaedah itu berjaya dilaksanakan dan akhirnya objektif tidak tercapai.
6.      Kaedah ini digunakan bila mereka kesuntukan masa untuk menyediakan alat bantu mengajar.
Secara keseluruhan dapatan kajian, Choy dan rakan-rakannya (1999) menyimpulkan bahawa kaedah eksposisi amat sesuai digunakan untuk mengajar konsep dan kemahiran pada peringkat perkembangan atau semasa membuat penerangan tentang sesuatu peraturan sebelum memulakan aktiviti kumpulan. Masa pengajaran juga dapat dijimatkan dan pengendalian aktiviti akan lebih kemas dan teratur. Akan tetapi tidak ada keperluan mendesak untuk menggunakan alat bantu mengajar sehinggakan guru hanya menggunakan pensel dan kertas sahaja. Keadaan ini jika berterusan akan mewujudkan rasa jemu, bosan dan tidak minat murid terhadap matematik meningkat.
Berikutan daripada itu, terdapat beberapa implikasi baik dan buruk terhadap guru matematik apabila mengguna kaedah eksposisi ini. Antaranya ialah;
1.      Kaedah ini merupakan cara yang paling cepat dan berkesan sekali untuk menyampaikan maklumat kepada murid.
2.      Kaedah ini paling mudah untuk dikendalikan dan selalunya menuntut kepada persediaan yang sedikit sahaja daripada guru.
3.      Kaedah ini lebih berpusatkan guru dan agak sukar untuk guru memotivasikan murid terhadap mata pelajaran matematik dan agak sukar juga bagi guru untuk mewujudkan perbincangan dua hala.
4.      Pengajaran guru juga adalah bergantung kepada respon daripada murid. Jika mereka mempunyai respon yang positif makan suasana pembelajaran akan ceria sebaliknya pula akan berlaku jika respon daripada murid adalah negatif.
Selain itu, terdapat juga batasan kepada penggunaan kaedah eksposisi ini. Antaranya ialah;
1.      Kelemahan guru mengendali sesi pengajaran menggunakan kaedah ini akan menyebabkan suasana pembelajaran menjadi pasif.
2.      Kaedah ini juga tidak memberi tumpuan kepada keupayaan murid secara individu sebaliknya ia lebih kepada pengajaran secara kelas dan menganggap semua pelajar berada pada aras yang sama.
3.      Pengajaran juga akan berorientasikan guru berbanding daripada berpusatkan murid.
Sebagai kesimpulannya bolehlah dikatakan bahawa kaedah eksposisi walaupun baik pada asalnya tetapi memerlukan perancangan yang teliti oleh guru agar pelaksanaannya nanti tidak akan mewujudkan kebosanan dan rasa tidak minat murid terhadap mata pelajaran matematik. Walaupun menggunakan kaedah ini, ia hanyalah di peringkat penerangan kepada konsep, aturan, prinsip dan sebagainya sahaja. Setelah itu ia juga perlu diikuti dengan aktiviti berpusatkan murid agar pengukuhan terhadap sesuatu konsep berlaku dalam kalangan murid. Di samping itu juga penggunaan kaedah eksposisi secara digital juga adalah digalakkan bagi menarik minat pelajar terhadap matematik. Semuanya terletak kepada kebijaksanaan guru merancang pengajaran mereka menggunakan kaedah ini agar ia lebih berkesan.

No comments:

Post a Comment