Popular Posts

Monday 28 March 2011

Kaedah pembelajaran Koperatif di dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.

by Wana
Cooperative learning is group learning activity organised so that learning is dependent on socially structured exchange of information between learners in groups and in which each learner is held accountable for his or her own learning and is mitivated to increase the learning of others.
                                                                                (Kagan & Olsen, 1992)
Tahun: 4
Masa: 1 Jam
Topik 6: Panjang
Kemahiran:   Murid dapat mencampur dan menolak panjang di dalam ukuran sentimeter, meter dan sentimeter, atau sentimeter dan meter.
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Koperatif:
Menurut Johnson (1981), dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru boleh merancangkan pelajaran mengikut tiga kaedah yang utama:
i)                    pelajar bekerjasama dalam kumpulan kecil secara pembelajaran koperatif (PK) dengan memastikan setiap ahli kumpulan mencapai matlamat yang ditetapkan.
ii)                  pelajar-pelajar bersaing antara satu sama lain melalui pembelajaran persaingan untuk menempatkan kedudukan pelajar mengikut kebolehan masing-masing.
iii)                Pelajar belajar secara perseorangan atau pembelajaran individu untuk mencapai matlamat masing-masing pada kadar sendiri.

                                                 Aktiviti
1.         Guru memulakan pengajaran dengan membahagikan murid kepada 6 kumpulan kecil yang mengandungi ahli seramai 5 orang. Guru meminta setiap kumpulan melantik seorang ketua.
2.         Guru melekatkan jadual yang mengandungi ukuran di dalam sentimeter, dan meter yang ditulis pada manila kad pada papan kapur.
3.         Guru menunjukkan beberapa alatan mengukur seperti pita ukur, pembaris kayu (panjang 1 meter), pembaris besi( panjang 1 kaki), dan pita pengukur besi.
4.         Guru meminta pelajar bersama-sama menyebut dan mengingat unit panjang di dalam sentimeter dan meter.
5.         Guru meminta ketua bagi setiap kumpulan datang ke meja guru untuk mengambil bahan. Bahan yang diberikan ialah pita pengukur, pembaris kayu panjang. Guru membenarkan murid menggunakan pembaris sendiri sekiranya ada. Guru juga mengagihkan beberapa bahan lain kepada setiap kumpulan iaitu daun, kertas warna, buku kecil, dan kad penanda buku.
Text Box: Jadual Ukuran Panjang
(Dalam Unit mm, cm, dan m)
Cm   =   centimeter
Mm   = Milimeter
10mm =   1cm
100cm =   1 meter
2 meter   =   200 meter
5 cm   =   50 mm
500 mm   =   50 cm
2 meter 50cm   =   2.5 meter










            i.   Jadual Ukuran Panjang dalam unit Milimeter, sentimeter dan meter.

            ii.  Bahan-bahan yang diagihkan guru kepada setiap kumpulan.


6.         Guru meminta ketua kumpulan kembali ke kumpulan masing-masing dan memberitahu rakan untuk mengukur bahan-bahan yang telah diberi oleh guru dan membuat catatan mengenai ukuran yang telah diperolehi. Murid diingatkan agar bekerjasama untuk mengukur bahan-bahan tersebut.
Pelajar diminta mencampurkan jumlah ukur benang- benang pendek, menjadi ukuran panjang dalam meter dan sentimeter ( cth: 1m 20 cm kepada 1.2 meter dan sebagainya)

7.         Murid mengukur bahan yang diterima dari guru. Murid saling bertukar-tukar bahan untuk diukur dan ketua memainankan peranannya untuk memberitahu rakan cara mengukur, iaitu menggunakan ukuran dalam sentimeter, millimeter dan meter.

Aktiviti:
i.   Berdasarkan  kertas arahan aktiviti yang telah diedarkan oleh guru, murid melakukan aktiviti mengukur bahan yang ada menggunakan alatan yang diberikan oleh guru.
ii.   Ketua kumpulan memberitahu rakan-rakan di dalam kumpulan cara untuk mengukur iaitu dari atas ke bawah mengikut panjang bahan tersebut.
iii.   seorang murid akan menuliskan ukuran yang diperolehi di dalam borang yang telah diberikan oleh guru.
iv. Murid akan bertanya guru apabila terdapat kekeliruan dalam aktiviti tersebut. Guru memantau dan menyelia aktiviti yang dilakukan oleh pelajar.
v. Murid mengisi ukuran bahan yang diukur ke dalam lembaran kerja yang diagihkan guru.

8.         Guru meminta pelajar untuk memberi jawapan bagi soalan-soalan yang terdapat di dalam lembaran aktiviti yang dilakukan secara suka rela.

9.         Guru mengedarkan soalan kuiz, setelah pelajar duduk di tempat masing-masing. Markah kuiz akan dijadikan markah kumpulan.


Text Box: Borang Aktiviti Berkumpulan.
Nama : ______________________________
Tahun: ______________________
Arahan:  Isikan jawapan anda pada ruang yang 
telah  disediakan.

1.   Daun : _________________cm
2.  Kad Penanda Buku :  _____________________cm
3. Buku kecil :_________________cm
4.  Kad Ucapan:_________________cm
5. Benang a.______________cm
6. Benang b ______________cm
7. Benang c ______________cm
8. Benang  a ___________cm + Benang b___________cm + Benang c __________cm =   _________ m    ____________cm




























Soalan Kuiz.
Objective Question
1.   The height of an elephant is about _____________m.
Tinggi seekor gajah adalah lebih kurang ___________  m.
A   0.3m
B   3 m
C   30 m
D   300m

2.   305 mm is equal to
305 mm adalah sama dengan
 A 3.05 cm
B    30.5 cm
C    3 050 cm              
D   30 500 cm

3.   Which of the following is the longest measurement?
Antara berikut, ukuran manakah yang paling panjang?
A   0.52 cm
B   52 mm
C   0.52 m
D   5.2 cm

4.   Which of the following is correct?
Antara berikut, gang manakah benar?
      A   713 mm = 71.3 m
B   0.07 cm = 7 mm
C   106 mm = 1.06 cm
D   20 cm = 200 mm

5.   Convert 29 m 40 cm to m.
Tukarkan 21 m 40 cm kepada m.
A   29.4 m
B   294 m
C   2 904 m
D   2 940 m

   6.          6 4. 5 mm
          +  18.  9 mm
        ____________
        ____________
       A   83.4  cm
B   83 cm
C   8.34 cm
D   83 m

  7.   45 cm + 297 cm =
        A    3.24 m
        B     3.42 m
        C     32.4 m
        D    342 m

8.   52 m 18 cm  =
      A      157.8 cm
      B       158.7 cm
        C     I 578 cm
      D      I 587 cm

9.   Helen runs 425 m. Aizat runs 625 m. What is the total distance, in m, covered by them?
Helen berlari 425 m. Aizat berlari 625 m. berapakah jumlah jarak, dalam m, yang dilalui oleh mereka?

A   10.5 m
B    1.05 m
C    105 m
D   10.55 m

10.   Convert 5 024 mm to cm
        Tukarkan 5 024 mm kepada cm
      A   50.24 cm
      B   502.4 cm
      C   5.024 cm
     D    5024 cm

Huraikan faktor-faktor sikap murid terhadap mata pelajaran Matematik

by Wana

1.0       Pengenalan
Pembentukan sikap yang positif terhadap pembelajaran matematik adalah satu matlamat dan harapan yang akan memastikan keberkesanan pembelajaran matematik seterusnya membentuk generasi akan datang yang mempunyai pemikiran mantik, analisis, bersistem dan kritis, berkemampuan menyelesaikan masalah kompleks dan mempunyai kebolehan menggunakan pengetahuan matematik. Ini semua akan dapat membantu individu tersebut berfungsi dalam kehidupan seharian yang berkesan dan bertanggungjawab, serta menghargai kepentingan dan keindahan matematik.

Tumpuan utama pendidikan matematik adalah untuk membentuk sikap pelajar yang positif dan melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik. Guru mempunyai pengaruh yang amat besar dalam membentuk sikap pelajar terhadap matematik. Guru seterusnya berperanan mencari jalan bagaimana pengajaran mata pelajaran matematik ini dapat berjalan lancar di sekolah disamping berusaha membentuk sikap yang positif terhadap mata pelajaran matematik.


2.0       Faktor-faktor sikap terhadap mata pelajaran Matematik

Matematik dikatakan suatu subjek yang sangat kompleks dan memerlukan bahan atau kaedah yang khas untuk mempelajarinya. Matematik juga sering dikaitkan sebagai subjek yang mempunyai taraf dan jenis pembelajaran yang tinggi. Isi kandungannya juga adalah sangat berturutan dan berhirarki iaitu melibatkan proses mental yang tinggi dan perlu memenuhi tuntutan kognitif iaitu berfikir secara analisis, rasional, logik, berupaya membuat penaakulan dan mahir dalam menyelesaikan sebarang masalah .

Oleh itu, terdapat faktor-faktor sikap yang mempunyai kaitan rapat terhadap mata pelajaran matematik. Faktor-faktor tersebut terdiri daripada faktor dalaman dan faktor luaran.

2.1       Faktor Dalaman

Faktor dalaman ini adalah berkait rapat dengan minat dan sikap atau kecenderungan pelajar itu sendiri. Antara sikap-sikap negatif atau faktor-faktor yang ada pada para pelajar ialah kurang minat terhadap matematik. Ramai di antara pelajar yang tidak suka membuat latihan matematik sedangkan dalam mata pelajaran matematik, latihan atau latih tubi adalah amat penting. Sesetengahnya pula belajar dengan cara yang mudah, hanya membaca tanpa membuat sebarang catatan atau rumusan. Malah terdapat pelajar yang kurang kemahiran dalam mendengar, ini menyumbang kepada masalah dalam pembelajaran matematik. Selain itu, terdapat juga pelajar yang mempelajari Matematik dengan cara menghafal tanpa memahami konsep dan kemudian meluahkannya dalam peperiksaan. Pelajar juga tidak memastikan kefahaman yang sepenuhnya sebelum mempelajari topik yang seterusnya. Mereka juga kurang teliti atau lalai dari segi pengiraan atau tulisan. Pelajar yang tidak menguasai kemahiran matematik juga tidak mahu menggunakan bahan bantu dalam pelajaran seperti penggunaan buku-buku rujukan selain daripada buku teks, mereka juga enggan ke perpustakaan untuk mendapatkan bahan rujukan.

2.2       Faktor Luaran
Faktor-faktor luaran juga akan mempengaruhi pencapaian para pelajar dalam Matematik. Antara faktor-faktor tersebut ialah latar belakang pelajar, alat bantu yang digunakan, guru, ibu bapa dan keluarga, sosio-ekonomi, persekitaran dan media massa .
Latar belakang keluarga menjadi faktor sangat berperanan dalam membentuk sikap pelajar terhadap matematik. Pelajar yang datang dari keluarga yang berpendapatan tinggi mungkin telah didedahkan tentang peranan matematik dalam penghidupan mereka. Ibu bapa dan keluarga memainkan peranan dengan menyokong dan menasihati pelajar akan pentingnya matematik dalam menentukan kejayaan seseorang  di dalam pelajaran dan kehidupan.
Guru mempunyai peranan yang amat besar serta perlu mengenali dan memahami sikap pelajarnya terhadap mata pelajaran matematik. Sikap pelajar terhadap pelajaran sering dikaitkan dengan pencapaian pelajar dalam subjek tersebut. Gurulah yang  perlu menilai sikap pelajar mereka terhadap matematik. Keberkesanan pengajarannya pula bergantung kepada kaedah atau pendekatan yang digunakan dalam pengajaran. Guru yang tidak aktif (pasif) akan menzahirkan pembelajaran yang membosankan. Guru juga perlu pandai mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya pelajar tidak cepat berasa bosan terhadap pelajaran terutamanya bagi subjek  Matematik yang memerlukan tumpuan sepenuhnya daripada pelajar. Guru juga harus memberi galakan dan semangat kepada pelajar supaya para pelajar akan berasa lebih yakin dan percaya kepada kebolehan diri sendiri. Jika tidak, sudah tentu para pelajar akan mudah berputus asa dan mudah mengalah. Ini akan menyebabkan prestasi mereka terutamanya dalam subjek Matematik tidak begitu memberangsangkan.
Suasana persekitaran juga mempengaruhi pembelajaran kerana suasana atau keadaan persekitaran yang nyaman dan tenteram akan membolehkan pelajar untuk belajar dengan lebih tenang dan fokus. Sebaliknya jika persekitaran di sekelilingnya agak bising dan sibuk maka pembelajaran para pelajar akan terganggu.
3.0       Kesimpulan
Sikap mempunyai pengaruh yang besar terhadap kejayaan serta kecemerlangan seseorang pelajar di dalam mata pelajaran matematik. Oleh itu, pemupukan sikap yang positif adalah amat penting dan ini akan meningkatkan peratusan pelajar yang dan lulus dan mahir di dalam mata pelajaran ini.

PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL DALAM MATEMATIK SEKOLAH RENDAH.

by Wana
1.0                   PENGENALAN
Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan sesuatu proses yang sangat dititikberatkan dalam pendidikan. Proses pengajaran dan pembelajaran matematik sekolah rendah menggalakkan kepelbagaian kaedah mengajar. Guru boleh memilih pendekatan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bergantung pada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu belajar serta teknologi yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif, inovatif, berkomunikasi, dan berinteraksi.

Pembelajaran secara kontekstual merupakan alternatif bagi meningkatkan minat pelajar untuk di dalam mata pelajaran matematik. Pembelajaran kontekstual ialah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on.

2.0                   DEFINISI PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL
Menurut Hull (1997), tujuan pembelajaran secara kontekstual ialah untuk membina asas yang kukuh dalam mata pelajaran Sains dan Matematik, selain menggalakkan pelajar meminati mata pelajaran tersebut dan sekaligus mempertingkatkan prestasi keputusan peperiksaan mata pelajaran berkenaan di sekolah-sekolah rendah. Kumpulan sasaran utama bagi konsep pendekatan pembelajaran secara kontekstual ini ialah pelajar-pelajar yang mempunyai pencapaian sederhana.

2.1       Konsep Pembelajaran Konstekstual di dalam mata pelajaran  matematik
Konsep pendekatan pembelajaran secara kontekstual dalam pembelajaran matematik  bermakna ianya haruslah berdasarkan konteks kegiatan dan kejadian harian. Oleh itu, konsep matematik perlu dikaitkan dengan kehidupan harian pelajar secara eksplisit. Pembelajaran matematik yang dijalankan secara kontekstual dapat menggalakkan pelajar mengaplikasikan  konsep serta formula tertentu matematik  secara  bermakna di dalam aktiviti harian mereka. Oleh itu, pendekatan pembelajaran kontekstual membolehkan pelajar menghayati kerelevanan pembelajaran Matematik dengan kehidupannya sendiri.

 Mengikut teori Pembelajaran Kontekstual, pembelajaran hanya akan berlaku apabila pelajar memperoleh pengetahuan baharu yang bermakna kepada mereka. Oleh itu, proses pembelajaran akan berlaku lebih cepat apabila minda pelajar melihat perkaitan yang bermakna dan kelihatan berguna terhadap apa yang dipelajari. Pembelajaran Kontekstual adalah pembelajaran yang dikaitkan dengan kehidupan harian murid-murid. Pelajar belajar secara menyiasat dan kaitan antara bahan yang diajar dengan pengalaman kehidupan seharian dizahirkan. Murid tidak belajar secara teori sahaja tetapi dapat menghayati relevennya apa yang dipelajari dengan kehidupan mereka.

Pembelajaran Kontekstual (PK)  berlaku dalam lima konteks, seperti berikut:-
        i.            Relating (menghubungkait) Belajar secara konteks dengan pengalaman hidup.
Contohnya: Murid melakukan aktiviti mengutip sampah di sekitar sekolah untuk menanam sikap cintakan kebersihan. Menerusi pengalaman ini murid dapat mengaitkan aktiviti yang dilakukan oleh ibu bapa mereka semasa membersihkan kawasan tempat tinggal mereka setiap hari
      ii.            Experiencing (mengalami) Belajar secara konteks melalui penerokaan, penemuan dan merekacipta.
Contohnya: Murid dibawa ke bilik matematik untuk menyaksikan demontrasi serta membuat latihan amali isi padu dan ruang. Pengalaman ini boleh digunakan di rumah apabila pelajar ingin membantu ibu mengemas peralatan dapur yang ingin disimpan ke dalam kabinet.
    iii.            Applying (menggunakan) Belajar secara konteks bagimana pengetahuan atau maklumat sedia ada boleh diguna untuk masa depan.
Contohnya: Murid mempelajari teori dan konsep tuas. Mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan ini apabila bertemu situasi sebuah kereta yang tayarnya pancit tidak mempunyai jek. Dengan mengamalkan pengetahuan yang ada, murid boleh menggunakan konsep tuas untuk menggantikan jek kereta bagi membolehkan penukaran tayar
    iv.            Cooperating (berkerjasama) Belajar secara konteks perkongsian, memberi respons dan berkomunikasi.
Contohnya: Murid ditugaskan secara berkumpulan untuk menyelesaikan masalah  menerusi satu aktiviti yang memerlukan mereka berbincang dan bekerjasama dengan ahli kumpulan masing-masing . Hasil yang diperolehi adalah lebih baik disebabkan mereka menyelesaikan masalah secara bekerjasama.
      v.            Transfering (memindahkan) Belajar secara konteks dengan membina dan menggunakan pengetahuan sedia ada dalam diri pelajar.
Contohnya:
Murid mempelajari cara untuk mendapatkan sudut tegak dengan menggunakan Teorem Pythagoras. Murid boleh memindahkan pengetahuan segitiga bersisi 3m, 4m dan 5m untuk menghasilkan sudut tegak dalam aktiviti mengecat garisan gelanggang permainan.

Kelima-lima konteks ini boleh di acronim menjadi REACT. Untuk memudahkan amalan dalam kelas kita tumpukan P&P kita kepada perkara yang berkait dengan Hands On dan juga kaitan dengan kehidupan harian.

3.0       Kebaikan Kaedah Pembelajaran Konstektual
Jika proses pembelajaran hanya berpusatkan guru yang berterusan akan memberi implikasi negative kepada para pelajar. Implikasi tersebut ialah pelajar-pelajar tidak dapat berfikir secara kritikal, tidak kreatif mahupun inovatif dan akhirnya harapan negara untuk melahirkan masyarakat berpengetahuan tidak akan tercapai.

Terdapat beberapa kebaikan penggunaan kaedah Pembelajaran Kontekstual di dalam proses pengajaran dan Pembelajaran terhadap pelajar, guru dan sektor industri. Di antara kebaikan itu ialah;
a.         Kebaikan Pembelajaran Kontekstual terhadap pelajar
            i.          Dapat mengaitkan mata pelajaran dengan pekerjaan atau kehidupan.
            ii.         Dapat mengaitkan kandungan mata pelajaran dengan pengalaman harian.
            iii.        Boleh memindahkan kemahiran.
            iv.        Boleh meneroka dan mendapatkan bukti.
            v.         Boleh menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit.
            vi.        Dapat belajar secara bekerjasama.

b.         Kebaikan Pembelajaran Kontekstual terhadap guru
            i.          Dapat menjadikan pengajaran sebagai satu pengalaman yang berjaya
            ii.         Dapat mengaitkan prinsip-prinsip mata pelajaran dengan dunia pekerjaan
            iii.        Dapat menjadi penghubung antara pihak akademik dan vokasional atau industri.

c.         Kebaikan Pembelajaran Kontekstual terhadap sektor industri.
i.          Menerima tenaga kerja yang berpotensi untuk dilatih atau dilatih atau dilatih semula secara berkesan mengikut keperluan.
ii.         Menggerakkan industri ke dalam pendidikan sebagai rakan kongsi

Kesimpulan
Bagi menjayakan pendekatan Pembelajaran Kontekstual , semua pihak perlu bersetuju mengenai apa yang perlu dipelajari dan bersetuju mengenai strategi pembelajarannya. Di samping itu, sokongan daripada organisasi masyarakat diperlukan untuk menjayakan strategi pengajaran dan pembelajaran kontekstual. Sokongan luaran ini akan memberi galakan dan sumber-sumber untuk membantu murid dan guru mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.
Guru haruslah memahami proses pengajaran dan pembelajaran supaya mereka dapat menghubungkaitkan pembelajaran dengan kehidupan seharian pelajar. Dahulu peranan seorang guru hanyalah sebagai penyampai ilmu pengetahuan kepada pelajar melalui pengajarannya. Tetapi sekarang peranan guru lebih kepada pemudah cara atau fasilitator dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah untuk membantu perkembangan potensi pelajar yang maksimum (Mohd Hanafi Kamal, 2001).